PENYELIDIKAN
Dalam masyarakat yang tinggal di kawasan
perumahan yang hidup berjiran, kebersihan sering menjadi topik utama dalam
perbualan setiap masyarakat mahupun kaum. Jikalau ada kawasan perumahan yang
tidak bersih atau berlaku pencemaran, ia boleh menimbulkan penyakit yang
berbahaya seperti demam denggi dan kencing tikus. Oleh itu, ia boleh
menyebabkan pergaduhan atau permusuhan antara kaum kerana masyarakat akan
saling menunding jari antara satu sama lain.
Sebagai contoh, di era norma baharu yang
sedang kita hadapi ini. Disebabkan penularan virus covid-19 perpaduan juga
dapat dicipta melalui kerjasama berisan hadapan dan juga masyarakat tidak kira
kaum bersama-sama menjalankan perintah kawalan pergerakan(PKP) bagi mencegah
virus ini tular dengan lebih pesat.
Melalui perpaduan ini, Malaysia dapat dilihat
sebagai negara yang makmur dan harmoni dengan masyarakat pluraliti dan itu
tidak menjadikan ia satu beban atau masalah tetapi ia mampu menjana negara ini
sebagai sebuah negara hebat. Di samping itu, ia dapat membasmi penyakit
berbahaya juga permusuhan antara kaum mahupun
negara kerana sifat perkauman adalah musuh utama negara kita.
Dalam sektor ekonomi, ahli perniagaan tidak kira bangsa sama ada Melayu, Cina atau India yang dermawan juga memberikan sumbangan yang besar dalam kesihatan. Mereka berganding bahu bersama masyarakat dalam menjayakan sebuah program sumbangan kebajikan kepada yang memerlukan. Contohnya, memberikan perkhidmatan perubatan, keperluan asa harian dan sedikit bantuan kewangan kepada masyarakat yang memerlukan.
Selain itu, ahli perniagaan ini juga turut mengadakan ceramah pendedahan tentang kesihatan bagi memupuk kesedaran di kalangan masyarakat berbilang kaum. Hal ini sekaligus, dapat memperkukuhkan perpaduan masyarakat di samping mengelakkan penularan penyakit berjangkit dan penyakit kronik serta dapat meningkatkan kesejahteraan rakya
Aspek perpaduan dan kesihatan kekal sebagai teras utama dalam membangunkan sebuah negara yang maju. Penambahbaikan dalam membangunkan sebuah negara yang maju. Penambahbaikan dalam penjagaan kesihatan ditumpukan kepada menangani keperluan penduduk yang kurang mendapat perkhidmatan, menambah baik sistem penyampaian kesihatan ditumpukan kepada menangani keperluan penduduk yang kurang mendapat perkhidmatan, menambah baik sistem penyampaian kesihatan untuk meningatkan kecekapan dan keberkesanan dan mempergiat kerjasama dengan sektor swasta dan NGO.
Kajian menunjukkan bahawa majoriti remaja B40 yang tinggal di kawasan perumahan rakyat mengakui bahawa mereka berasa gembira berkawan dengan rakan yang berlainan bangsa dimana mereka juga mengakui bahawa mereka bersama-sama jiran-jiran mereka saling menghormati. Malah mereka juga boleh bertolak ansur dengan rakan-rakan berlainan bangsa serta mampu menjalankan pelbagai aktiviti bersama-sama.
Hasil kajian ini dilihat selari dengan kajian yang dijalankan oleh Ruth Etal (2016) yang mendapati bahawa majoriti responden yang terlibat dalam kajian mereka menunjukkan rasa selesa menjalankan tugasan merentas kaum, suka bergaul dengan rakan yang berlainan kaum dan berasa selesa dibawah kepimpinan yang berlainan kaum.
Manakala berdasarkan analisis regresi berganda yang dijalankan secara stepwise dengan menggunakan sampel kajian sejumlah 224 orang remaja, hasil kajian mendapati 4 faktor yang mempengaruhi semangat perpaduan dalam kalangan remaja B40 yang tinggal di kawasan perumahan rakyat iaitu kesihatan diri, tingkah laku prososial, hubungan kejiranan dan semangat cintakan Malaysia.
Berdasarkan analisis yang telah
dijalankan, keputusan menunjukkan bahawa kesihatan diri menyumbang sebanyak
29.0% varians terhadap semangat perpaduan dalam kalangan remaja B40 yang tinggal
di perumahan rakyat. Hal ini menunjukkan bahawa faktor kesihatan diri merupakan
petunjuk utama yang mempengaruhi semangat perpaduan dalam kalangan remaja B40.
Manakala kombinasi kesihatan diri dan tingkah laku menyumbang sebanyak 6.6%
perubahan tambahan terhadap semangat perpaduan. Faktor hubungan kejiranan dan
semangat cintakan Malaysia menyumbang sebanyak 3.1% dan 1.4% varians terhadap
semangat perpaduan.
Kombinasi keempat-empat faktor
peramal tersebut telah menyumbang sebanyak 40.1% varians terhadap semangat
perpaduan dalam kalangan remaja B40 yang tinggal di kawasan perumahan rakyat.
Oleh itu, bagi menambah baik dan meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan
remaja B40 yang tinggal di kawasan perumahan rakyat, maka faktor-faktor seperti
kesihatan diri, tingkah laku prososial, hubungan kejiranan dan semangat cinta
Malaysia perlu dipertingkatkan yang dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu.
Ini kerana semangat perpaduan
merupakan aspek penting kerana ia menyemai dan menggambarkan penyatuan
nilai-nilai murni yang perlu dihayati bersama-sama dalam kalangan masyarakat
yang terdiri daripada pelbagai lapisan golongan kaum dan etnik di Malaysia.
Hasil kajian ini juga dilihat menambah kepada pemboleh ubah baharu yang
berhubungan dengan faktor-faktor yang mempengaruhi bidang ilmu berkaitan dengan
perpaduan dalam kalangan masyarakat.
Kesihatan yang baik adalah penting
untuk meningkatkan kualiti hidup. Oleh itu, kerajaan terus komited untuk
mencapai akses sejagat kepada penjagaan kesihatan berkualiti dalam tempoh
rancangan dengan meneruskan usaha untuk menambah baik asas sistem kesihatan.
Setiap rakyat Malaysia akan mempunyai akses yang sama kepada perkhidmatan
penjagaan kesihatan yang berkualiti pada kos yang berpatutan yang disediakan
oleh penyedia perkhidmatan awam atau swasta. Aspirasi ini akan direalisasikan
melalui peningkatan sokongan yang bersasar, khususnya bagi masyarakat yang
kurang mendapat akses kepada perkhidmatan.
Akses kepada penjagaan kesihatanyang berkualiti,
terutamanya di kawasan dan masyarakat yang kurang mendapat liputan di bandar
dan luar bandar akan diperluas. Ini termasuk peluang perkhidmatan kepada isi
rumah yang berpendapatan rendah, orang asli di semenanjung Malaysia dan kawasan
luar bandar serta pedalaman di Sabah dan Sarawak.
Langkah
ini termasuk menempatkan lebih ramai pakar dalam bidang perubatan dan kesihatan
serta personal berkemahiran, mewujudkan lebih banyak kemudahan penjagaan
kesihatan di kawasan yang amat memerlukan, terpencil dan mengembangkan program
jangkauan kesihatan. Sebagai contoh, perkhidmatan doktor udara, dan sukarelawan
kesihatan kampung akan diperluas di kawasan pedalaman yang amat memerlukan
perkhidmatan ini.
Seperti yang kita maklum,jika ada masyarakat yang sakit sudah tentu klinik atau hospital yang akan menjadi tempat kunjungan untuk memeriksa masalah kesihatan dan mendapatkan ubat. Tidak kira apa bangsa,klinik dan hospital akan menjadi tempat rujukan setiap rakyat dalam mendapatkan rawatan kesihatan terhadap sebarang masalah kesihatan yang dihadapi. Begitu juga dengan pegawai yang bertugas sama ada doktor,jururawat,pembantu hospital dan semua kakitangan hospital akan memastikan pesakit yang datang akan diberikan rawatan.
Suasana ini berlaku di semua klinik dan hospital di Malaysia dan ianya sesuatu yang menjadi detik perpaduan di kalangan rakyat yang mesti diteruskan malah lagi dibanggakan. Sebagai doktor ataupun jururawat,mereka tetap akan merawat pesakit yang datang walaupun berlainan bangsa dan agama kerana itulah tugas mulia yang harus semua rakyat berbangga khususnya ketika sesuatu wabak penyakit berjangkit melanda negara kita.
Oleh itu,masyarakat tidak perlu
bimbang hidup dalam negara Malaysia rakyatnya yang tidak membezakan bangsa
serta agama dalam segala urusan. Masyarakat tidak perlu takut untuk
berinteraksi dengan bangsa yang berbeza kerana kerajaan Malaysia sentiasa
memupuk sifat bertolak ansur dan saling hormat menghormati antara satu sama
lain. Dalam kes ini, kita dapat bekerjasama dalam mengurangkan penyakit
berbahaya yang melanda negara atas sebab rakyatnya yang sentiasa berdisiplin
dan mementingkan bab penjagaan kebersihan.
KESIMPULAN
Dalam setiap perbincangan, dapat kita lihat perkaitan antara kesihatan dan perpaduan. Kesihatan dan perpaduan saling melengkapi kerana dengan adanya perpaduan antara masyarakat segala masalah dapat dihadapi bersama. Sebagai rumusan, kes Covid-19 yang baru-baru ini merebak ke seluruh negara seperti cendawan tumbuh selepas hujan dapat diredakan di negara kita dengan kerjasama rakyat yang patuh akan arahan pemimpin. Mereka bekerjasama dalam mengikut ’SOP’ yang ditetapkan serta mengikut perintahkawalan pergerakkan. Di sini kita dapat lihat kerjasama ini telah mewujudkan perpaduan dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia dan mampu mengelakkan kes semakin menular walaupun bukan pulih sepenuhnya.
Comments
Post a Comment